
Assalamualaikum warahmatuLLAH. Pagi pagi pagi!
Memandangkan ramai friend baru muncul di Facebook atin ni, atin nak perkenalkan diri sikit la.Takde apa special pun atin ni. Founder bilis kering je. MasyaALLAH TabarakALLAH . Tak layak pun nak duduk tempat sekarang. Namun, akan cuba yang terbaik untuk buat yang terbaik demi orang sekeliling. InsyaALLAH.
Atin mula bisnes Cunna Pretty ni masa atin betul-betul susah. Masa fasa beli lauk ayam potong anak ramai.
MasyaALLAH TabarakALLAH, ALLAH beri kekuatan untuk terus berjuang demi hidup orang-orang yang tersayang.
Bermula dengan kecil-kecilan dari rumah, sehingga memiliki pejabat dengan 9 orang staff. Dari income 3 angka sehingga income 6 angka sebulan.
Dari situ, antara apa yang atin berjaya capai adalah ;
- berjaya zero hutang berjumlah 6 angka dalam masa 1 tahun
- berjaya bawa mak dan mak mertua pergi umrah
- berjaya setup office dan upgrade ke Sdn Bhd
- mampu hadiah mak kereta
- berjaya tingkatkan jumlah zakat dan infaq
- dapat memiliki kereta idaman
Adehh! Banyak la pulak nak senarai. Malu arr. Sebab tak seberapa pun nak dibandingkan dengan founder-founder lain.
Yang pasti, atin rasa bahagia sangat sebab ALLAH bantu atin :
- guide agen untuk zero hutang sendiri
- bantu surirumah capai sales 6 angka
- bantu surirumah bayar hutang suami sehingga zero hutang
- bantu agen ada simpanan tunai dan emas sehingga 5 angka
MasyaALLAH TabarakALLAH. Sangat best rasa dapat bantu orang lain camtu. Dan itulah kekuatan atin untuk terus bertahan.
InsyaALLAH, atin juga alu-alukan lebih ramai agen untuk atin bantu jana income dengan produk Cunna Pretty.
Yang penting,
Kita sama-sama berjaya dan tetap dalam bimbingan agama k. Taknak berjaya tapi jauh dari agama. Dan taknak berjaya sehingga depression dan anxiety.
Na’uzubillahiminzalik.
Sama-sama kita berjaya bukan sahaja sebagai suribisnes, tapi sebagai muslimah dan surirumah tangga juga k. InsyaALLAH
Doakan atin tau.